Tuesday, August 23, 2011

hai blog

assalamualaikum
ini adalah blog baru saya aku.dulu pernah ada blog tapi sekarang dah delete atas sebab-sebab tertentu.masa mula-mula ada blog dulu tak tahu nak tulis apa, nak cerita apa, nak mencarut apa, nak gosip apa. tapi bila dah lama delete blog baru rasa macam nak luahkan perasaan yang setiap hari aku rasa kat blog. salah seorang yang sangat menyokong bidang blogging  adalah budak ni. dulu dia pernah cakap kat aku buatlah blog macam diari tempat untuk kita luahkan perasaan atau tempat untuk kita lepaskan rasa geram. bila difikirkan balik apa yang dia cakap aku tergerak hati untuk buka satu blog baru, untuk aku curahkan apa yang aku rasa, untuk cerita setiap pengalaman yang maybe boleh bagi orang pengajaran, dan untuk bagi pendapat tentang sesuatu.macam yang dia cakap berblogging untuk berkongsi cerita tak kisah la ada orang nak baca atau tak.


sebernanya banyak lagi yang aku nak cerita kat sini tapi nanti-nantilah.insyaallah akan aku rajinkan tangan dan jemari untuk update blog.bulan puasa kali ni banyak kenangan.nape tetibe sebut pasal puasa ni?aku harap blog ni kekal dan tak sama nasibnya dengan blog yang dulu.

terima kasih kerana meminjamkan mata untuk membaca!